HTML Scrolling Text

Tuesday, December 7, 2010

Salam Ma'al Hijrah kepada warga kampus Universiti Malaya yang beragama Islam dari PERMAS UM. Harap pada tahun baru ini akan memberi semangat baru, gaya baru, cara hidup baru, dan segalanya...
Mudah-mudahan amalan kita yang lepas di terimaNya....

Salam Hijrah dari PERMAS UM...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Friday, November 5, 2010


HAPPY DEEPAVALI kepada semua warga INDIA khususnya di Universiti Malaya....
selamat bercuti.... =)

Thursday, November 4, 2010

EXAM....EXAM.... 2010....=)




SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA SEMUA WARGA UM
YANG BAKAL MENGAHADAPI PEPERIKSAAN PADA 22/11/2010- 10/12/2010...
GOOD LUCK.....

IKHLAS DARI KAMI..

:: SEIRING BERSAMA PERMAS :

Sunday, October 24, 2010

Lawatan ke Rumah Titian Kasih (RTK) Tasik Titiwangsa.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM...BANYAK PENGAJARAN YANG DAPAT KITA TERIMA...SEMOGA IA MEMBERI PENGAJARAN DAN IKHTIBAR KEPADA KITA SEMUA...
TERIMA KASIH JUGA KEPADA MEREKA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG...TANPA KERJASAMA DARI KALIAN, MUNGKIN PROGRAM INI TIDAK BERJAYA...


Kenangan di RTK Tasik Titiwangsa

(",)

(^_^)

Mak Pah =)

Antara AJK pelaksana :-)


Terima kasiah... =)

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Pasti ada yang tertunggu-tunggu mengapa program Lawatan ke Parlimen+Karanagkraf+Hijjaz Record tiada gambar yang di upload oleh pihak PERMAS kan... :)

Harap maaf kerana pihak kami lambat untuk upload picture dan komen2 selepas porgram lawatan tersebut akibat masalah yang tidak dapat di elakkan..

Ok!! disini kami sertakan beberapa gambar sahaja..sebagai contoh la senang cerita.


Nie picture mase kat Parlimen ngan Hijjaz Record...




Kalau nak banyak lagi.. anda bolehlah lihat di profile Facebook Permas Um.. situ lagi banyak pihak kami upload..tapi..xsume la pihak kami masukkan.. berat dah laptop nie nak tolong upload kan...

Nie plak mase kat karangkraf...kalau nak tahu lah... hehhehe...






Kalau nak wat sebagai koleksi atau kenang-kenangan..mintak-mintak la kat rakan-rakan yang ada ambil gambar masa lawatan hari tu..

Apa-apa pun.. tanpa sokongan anda semua....siapalah PERMAS.. :)

AYUH!!!! SEIRING BERSAMA PERMAS!!!! :)

Tuesday, October 19, 2010

*INFO PERMAS*
PERMAS AKAN MENGADAKAN LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN PADA :

TARIKH :23 OKTOBER 2010 (SABTU)
TEMPAT: RUMAH TITIAN KASIH, TITIWANGSA
JAM : 8.00 PAGI
YURAN : RM5

SILA BERKUMPUL DI BUSTOP MAIN LIBRARY.....
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA BERI NAMA & NO MATRIK KEPADA
SAUDARA HASIF : 014-8415754

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Wednesday, October 6, 2010

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan jamuan raya Permas untuk tahun ini. Apa yang kami terharu dan berasa gembira sangat adalah kehadiran ahli dan warga kampus ke jamuan raya anjuran kami buat kali ini.

Pihak Permas mengharapkan ahli dan warga kampus dapat memberi komitmen kepada Permas untuk program yang akan datang.. TRIMAS!!!

Di sini kami sertakan gambar-gambar semasa jamuan raya Permas...










maaf salah silap ya....hehehhee...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Monday, October 4, 2010




Lagi Pengumuman!!!!!

Pihak PERMAS akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar. Lawatan yang kami anjurkan kali akan pergi ke PARLIMEN,KILANG KARANGKRAFT dan juga HIJJAZ RECORD...

Lawatan ini akan berlangsung pada:
tarikh : 11hb Oktober 2010
pada : Isnin

Pihak kami juga menyediakan SURAT PERLEPASAN bagi sesiapa yang ingin mengikuti kerana lawatan ini berlangsung pada hari isnin dan waktu kuliah berlangsung.

Makanan tengahari juga pihak kami akan sediakan juga!

Lawatan ini tidak terbuka kepada ahli Permas sahaja, tetapi pihak kami BUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA UM bagi memeriahkan lagi lawatan ini!!

Jangan lepaskan peluang ini! hanya sekali sahaja peluang ada!

Lagi... tidak lupa kepada Ahli Permas, POINT akan diberikan!!

Ayuh!!! sama-sama kita memeriahkan lagi Lawatan kali ini!!

:: SEIRING BERSAMA PERMAS::

Jamuan Aidilfitri 2010...


Pengumuman!!!
Pihak PERMAS akan mengadakan Jamuan Hari Raya yang berlangsung pada...
Hari: 5 OKTOBER 2010 (SELASA)
Jam: 8.30 p.m
Tempat: Dataran Fakulti Sastera

Jom pergi beramai-ramai kita memeriahkannya...

Jangan segan jangan malu-malu...
Semua di jemput hadir !!! lebih2 lagi ahli PERMAS...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS::

Tuesday, September 28, 2010

Bro - Mc Raya kembali lagi


NEW NEWS!!!!

28 september, Universiti Malaya. Bro-Mc Raya PMIUM kembali lagi dengan tawaran pelbagai aktiviti yang menarik kepada semua warga kampus Universiti Malaya. Bro-Mc Raya ini juga merupakan program dengan kerjasama PERMAS, PEMARAK, PMK DAN PERMADAH.Bakal berlangsung di Excel Training Resort,Lenggeng Negeri Sembilan dan berlangsung pada 2-3 oktober 2010 bersamaan hari Sabtu dan Ahad kelak.

Bro-Mc Raya menjanjikan kemeriahan aktiviti yang bermanfaat kepada warga kampus meliputi aktiviti jasmani dan rohani.

Pendaftaran masih dibuka kepada semua warga kampus dan sangat di alu-alukan kepada semua.

Untuk pendaftaran boleh menghubungi:
Saudari Ulfah 013-6296759....


Bagi ahli PERMAS, seramai 20 orang wakil di perlukan...
Dan tidak lupa juga...Point anda yang ahli akan di ambil kira dan bakal mendapat ganjaran di akhir sesi nanti..

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!! Ayuh sama-sama kita menjayakannya...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Wednesday, September 22, 2010


21 Sept, Universiti Malaya :
Semua mahasiswa dan kakitangan UM dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi Pesta Tanglung UM 2010 yang bertempat di Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC UM).

Pesta itu yang dianjurkan Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) telah bermula semalam (20 September) dan dijangka berakhir 27 September ini. Pesta Tanglung itu turut mendapat liputan rasmi daripada Saluran NTV7.

Pelbagai aktiviti dan acara menarik akan disajikan kepada semua pengunjung. Antaranya Konsert Mini, Pameran-pameran, akrobatik cina dan sebagainya.

Pada 27 September (Isnin) nanti, satu persembahan khas yang dinamakan Malam Persembahan akan dipertontonkan kepada semua pengunjung yang datang. Malam Persembahan itu akan bermula pukul 7 malam hingga pukul 10 malam.

Pesta yang mendapat ramai tajaan dan sokongan badan-badan luar itu adalah acara tahunan di sini dan setiap tahun akan dilangsungkan.

Ayuh warga kampus UM bersama-sama hadir terutama ahli-ahli PERMAS dan semua mahasiswa/wi Selangor dan KL bagi memeriahkan lagi Pesta Tanglung UM 2010 kali ini!!!!

::Seiring Bersama Permas::

Tuesday, September 21, 2010

Sajak :AIDILFITRI INI



Aidilfitri ini,
saat kemenangan paling indah
seusai berdepan ujian sebulan
senjata iman menundukkan nafsu
tak terbelit akar kebatilan
beribadah tulus mencari hikmah
di bawah terangnya purnama barakah
terpancar cahaya kebaikan
sempurna pembersihan diri
dalam kejernihan nurani.

Aidilfitri ini,
detik kebahagiaan pemberian Allah
betapa damai, hening dan syahdu
dianugerahi kesempatan
menikmati kemanisan
dalam perjalanan hayat
dilingkari kabut rindu
jiwa disentuh takbir bergema
dari menara kebesaran
mengembang cahaya kasih pada Ilahi
mengorak kelopak syukur di taman hati.

Aidilfitri ini,
sesuci kurniaan bersemarak wangi
maknakan anugerah ini
dengan memperteguh cinta hakiki


P/S :
Di kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...
Moga ia memberi keberkatan kepada kita semua.Bulan Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Moga ia berjaya merubah diri kita kepada yang lebih baik. Dimana, Allah telah memberi kita latihan fizikal, mental, emosi dan rohani di dalam bulan ini untuk mewujudkan zon pencerahan selepas bulan Ramadhan.

Tahukah anda, apa yang di maksudkan dengan bulan Syawal ini??? bulan menyambut Aidilfitri...ya, bulan ini adalah bulan kemenangan bagi umat Islam. Dimana, ia adalah bagi mereka yang benar-benar menghayati bulan ini. Kemenangan Aidilfitri ini adalah bagi mereka yang telah banyak melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Tetapi, ramai dikalangan kita pada masa kini yang melihat kemenangan itu pada persiapan semata-mata. Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri ini agar tidak lalai dan alpa. Kepada yang tua perlu dihormati dan yang muda pula di sayangi. Ayuh mari kita bersama-sama membina perubahan diri yang berterusan dari bulan Ramadhan, Syawal hinggalah seterusnya...

:: SELAMAT BERAMAL ::

P/S : sajak ni diambil daripada http://penyair.wordpress.com/2009/09/29/sajak-aidilfitri-ini/ tp, cuma ad edit skit2 je... :-)

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman kepada semua warga kampus Universiti Malaya bagi sesi 2010/2011. berhati-hati di jalanraya dan ingatlah insan yang tersayang ye...

Tidak lupa juga..kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kampus Universiti Malaya yang beragama Islam khususnya dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya. Kami ingin memohon jutaan kemaafan jika ada salah silap dari zahir mahupun batin.

Oleh itu, berhati-hati semasa berada di kampung halaman masing-masing.. (safety First) ya...

sekian...

Tuesday, August 31, 2010

SEMARAK '10

Sambutan Kemerdekaan & Penghayatan Ramadhan (SEMARAK '10) telah berlangsung pada 30-31 OGOS 2010, yang bertempat di i-City, Seksyen 7, Shah Alam... Banyak program yang telah dijalankan. Antaranya adalah :

1. Konsert Amal Kemerdekaan
2. Mengingati Peristiwa Marvi Marmara LL4Gaza
3. Iftor Jamaie
4. Solat Tarawih Perdana (diimami oleh Imam Muda Asyraf)
5. Sambutan Kemerdekaan Bersama Menteri Besar
6. Ekpedisi Dakwah GeMS
7. Cabutan Bertuah
8. Pertunjukan Bunga Api
9. Pelancaran Kempen Anti Zina

Ramai juga artis jemputan yang diundang, antaranya adalah Mawi, Ustaz Zamri, Ringgo Arrow, Mohd Asyraf (imam muda), A Samad Said, Ramli Sarip dan ramai lagi...




Friday, August 27, 2010

PELANCARAN KEMPEN ANTI ZINA & GENERASI IDAMAN SELANGOR.

30-31 OGOS 2010
6 PETANG-6 PAGI

TEMPAT : i-CITY SS7, SHAH ALAM

ANJURAN : MAJLIS PERMUAFAKATAN MAHASISWA SELANGOR (MPMS)

BERMINAT????
HUBUNGI, SAUDARA AZHARI : 0176384612

KENDERAAN DISEDIAKAN

iFtar di Dewan Jubli Perak, Shah Alam....



















tq kepada semua yg join program ni...
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung...
salam ramadhan el-mubarak 1431H..

Tuesday, August 24, 2010

:: Ibadah Rasulullah di bulan Ramadhan ::


Oleh: Ustaz Husni Ginting

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal pada bulan ini, didalam menghidupkan bulan Ramadhan perlu kita ketahui bagaimana Rasulullah menghidupakan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.


Adapun kegiatan dan ibadah Rasulullah di bulan Ramadhan adalah sebagai berikut :

1 - Puasa

Diantara ibadah yang Rasulullah laksanakan adalah puasa bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda :


عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر رمضان فقال : " لآتصوموا حتى تروا الهلال، ولا تفطروا حتى تروه .......الحديث . رواه البخاري رقم 1906 .

Artinya : Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata : Bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyebutkan bulan Ramadhan dan bersabda : " Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan janganlah kamu berbuka ( Raya Idul Fitri ) sehingga kamu melihat anak bulan .
( Hadis diriwayatkan oleh Bukhari no :1906 ).

Berkata Sayyidah `Aisyah :

أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم إن كان ليصبح جنبا من جماع غير احتلام، ثم يصومه

Artinya :Aku bersaksi keatas Rasulullah s.a.w. jikalau beliau ketika waktu subuh dalam keadaan junub bukan disebabkan mimpi ( tetapi disebabkan jima` ), kemudian beliau berpuasa
. ( H.R Bukhari no 1931 ).

2 - Bersahur

Sahur adalah memakan sesuatu untuk menguatkan ibadah puasa, bersahur merupakan amalan sunnah yang di galakkan Rasululah s.a.w., bagi seorang yang ingin melaksanakan ibadah puasa hendaklah semestinya bersahur sebelum sebelum fajar datang, sebab dapat membantu mengkuatkan tubuh dalam berpuasa.

Rasulullah bersabda :

إن فصل ما بينصيامنا وصيام أهل التاب أكلة السحر رواه أبو داود رقم : 2343

Artinya : Dari Amr bin`Ash beliau berkata : Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya perbedaan puasanya kita ( umat islam ) dan ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani ) adalah makan ketika waktu Suhur
(H.R Abu Daud no 2343 ).

Dari pada Anas bin Malik Rasulullah bersabda :

تسحروا فإن في السحور بركة رواه البخاري رقم : 1923 .

Artinnya : Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya sahur itu terdapat keberkatan.
( H.R Bukhari no 1923 ).

Adab-adab sahur

a - Bersahur dengan tamar

Disunnahkan agar bersahur dengan tamar, walaupun kemudian memakan makanan yang lainnya, memakan makanan yang terdiri dari nasi, roti tidak mengapa tetapi sebaiknya ditambah lagi dengan tamar sebagaimana Rasulullah bersabda :

نعم السحور المؤمن التمر

artinya : Sebaik-baik sahurnya orang mukmin adalah memakan tamar
( H.R Abu Daud no :2345 ).

b - Melambatkan masa bersahur

Sunnah hukumnya melambatkan makan sahur, sebab maksud sahur itu adalah membantu memperkuat tubuh guna melaksanakan ibadah puasa.

Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata :

تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة ، قيل كم كان بينهما ؟ قال : خمسون آية رواه البخاري ومسلم

artinya : Kami bersahur beserta Rasulullah s.a.w. kemudian kami melaksanakan Shalat ( subuh), beliau di tanya , berapakah jarak diantara sahur dan shalat subuh ?, beliau ( Zaid )berkata : sekedar membaca lima puluh ayat.
( H.R Bukhari no 1921 dan Muslim no : 1097 ).

3 - Berbuka puasa

Rasulullah s.a.w akan berbuka puasa jika matahari terbenam, dan menyuruh para shabatnya berbuka puasa secepatnya, mereka berbuka puasa dengan apa adanya

a - Sunah-sunah dalam berbuka puasa

Disunnahkan bagi seorang yang berpuasa mempercepat buka puasa jika matahari telah terbenam dengan sempurna, dengan tanpa melambat-lambatkan, sebab Rasulullah bersabda :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

artinya : Senantiasa manusia ( umat islam yang berpuasa ) dalam keadaan baik bila mempercepat berbuka puasa.
( H.R Bukhari no : 1957 dan Muslim no : 1098 ).

b - Berdo`a ketika berbuka puasa

Disunnahkan berdo`a ketika berbuka puasadengan do`a yang telah di ajarkan Rasulullah s.a.w.

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

Artinya : Bahwasnya Nabi s.a.w. apabila berbuka puasa maka dia berdo`a : Ya Allah bagimulah puasaku, dan aku telah berbuka dengan rezki yang engkau berikan.
( H.R Abu Daud no 2358 ).


4 - Memberi makanan untuk berbuka

Diantara amalan yang selalu Rasululah laksanakan adalah memberi bukaan puasa bagi orang berpuasa, hal ini sangat meringankan orang-orang miskin dan orang yang memerlukan, amalan ini sangat subur sekali di Mesir, biasanya amalan ini disebut juga Ma`idaturrahman, pahala memberi bukaan terhadap orang yang berpuasa sangat besar sekali sebagaimana Rasulullah bersabda :

من فطّر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

artinya : Barangsiapa yang memberi makan ( untuk buka puasa ) orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tetapi tidak mengurangkan sedikitpun pahala puasa orang yang berpuasa itu.
( H.R Tirmizi no : 807 ).

5 - Mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa

Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendo`akan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah di sebutkan Imam Abu Daud didalam sunannya :

عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة رواه أبو داود

Artinya : Telah berbuka puasa orang -orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendo`akan kamu.
( H.R Abu Daud no : 3854 ).

6 - Shalat Taraweh

Didalam bulan Ramadhan Rasulullah selalu melaksanakan shalat sunnah taraweh, dan menganjurkan agar kita senantiasa melaksanakan shalat malam sebagaimana sabda beliau :

عن أبي هريرة قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر

artinya : Barangsiapa yang melaksanakan shalat malam ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala maka diampunkanlah dosa-dosanya yang telah lewat.
( H.R Bukhari no : 2009 ).

7 - Menjaga Lailatu al-Qadar

Di sunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :

عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان

artinya : Hendaklah kamu mencari malam qadar itupada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan.
( H.R Bukhari no : 2017 ).

8 - Ber`itikaf

Diantara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان

artinya : Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan.
( H.R Bukhari , no : 2025 ).


Rujukan :

1 - Sohih Bukhari , karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, terbitan Dar Salam Lin-Nasyri Wa Tauzi`, Riyadh, terbitan kedua 1419-1999.

2 - Sohih Muslim , karangan Imam Abu al-Husein Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi an-Naisaburi, terbitan Alfa Cairo, cetakkan pertama 1429-2008.

3 - Sunan Abu Daud, karangan Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy-`ats as-Sijistani, terbitan Dar Fikr, cetakan pertama 1426-2005.

sumber :http://jomfaham.blogspot.com/

Wednesday, August 11, 2010



Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Ramadhan kembali lagi. Selamat menyambut bulan ramadhan el-mubarak 1431H kepada semua umat Islam. Moga ramadhan kali ini membawa banyak rahmat dan keampunan kepada kita semua. Jadikanlah peluang ini untuk kita memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri… :-)

... SELAMAT BERAMAL...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Monday, August 9, 2010

Majlis Pelancaran Buku Pembagunan Wanita Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung semua khasnya kepada ahli-ahli PERMAS. Untuk pengetahuan semua, pada 7 Ogos 2010 yang lalu, wakil daripada semua persatuan telah mengahadiri satu majlis pelancaran buku yang berjudul “Himpunan Makalah Wanita dan Pembagunan di Malaysia Satu Kesinambungan Menyusuli Perubahan Selama Empat Dekad”. Dimana, ia telah berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, bermula pada jam 4pm-6pm. Ia juga adalah suatu projek akademik yang telah diilhamkan dan diselaraskan oleh Y.A.D Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin, dan telah disempurnakan atau dirasmikan oleh Menteri Pembagunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Y.B. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Untuk maklumat juga, Y.A.D Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin adalah seorang isteri kepada Menteri Besar Johor ke-14 iaitu Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman. Beliau juga adalah Tokoh Akademik yang pertama memperkenalkan idea “Smart-Partnership” dalam bidang kebajikan masyarakat.

Banyak maklumat yang dapat kita perolehi daripada buku tersebut. Ia merupakan penterjemahan dalam Bahasa Malaysia dari buku “Reading on Women and Development in Malaysia – A Sequel (Tracing Four Decades of Change)”. Dimana, ia adalah hasilan sebuah projek akademik daya usaha Profesor Jamilah Ariffin. Ia mengandungi 14 buah makalah hasil kajian pakar-pakar dalam berbagai bidang mengenai “Wanita dan Pembagunan”.

Makalah-makalah ini dihasilkan mmenggunakan metodologi “longitudinal” dalam menganalisis data mengikut masa yang mencakupi empat dekad (1970-an sehingga masa kini), meliputi tajuk-tajuk yang luas, bermula dari kedudukan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan, migrasi dan dalam persatuan-persatuan sukarela. Analisis dilakukan berdasarkan jangka panjang kepelbagaian data kebangsaan, juga menyediakan pemahaman mengenai status demografik wanita dalam perkahwinan dan kesuburan, satu penilaian mandalam mengenai kedudukan wanita luar Bandar dalam era perubahan sektor pertanian, telah melengkapkan gambaran sebenar.

Sebagai kesinambungan kepada penerbitan yang terdahulu dalam tahun 1994 dengan judul yang sama, sesungguhnya ia merupakan satu usaha penuh wibawa, ilmiah dan diyakini amat berguna justeru diperakukan untuk para pelajar, para pembuat dasar, para pengamal malah untuk semua para peminat mengenai “Wanita dan Pembagunan” dan pengajian Pembagunan Ekonomi dan Masyarakat.



Reading on Women and Development in Malaysia.


This book contains a collection of twenty research-based essays written by Malaysian researchers from different academic disciplines but who are all focussing on common issues pertaining to “Women and Development”.
It represent the result of over six years of planning and coordinating work by the leader of the book project, Dr Jamilah Ariffin, who initiated it when she was Coordinator of the Population Studies Unit, Faculty of Economics, University of Malaya.
The original aim of this project was to assist the Malaysian government in the preparation of the “National Policy on Women” and the “Women’s chapter” in the Sixth Malaysia Plan.
This book covers a wide range of topics essential to a basic understanding of “Women and Development in Malaysia” for the period 1970-1990. It is a “must read” publication for anyone interested in “Women and Development in Malaysia”.

Akhir kata, ini sahaja coretan yang dapat ditulis. Moga ia dapat memberi manfaat dan info terkini kepada semua. Sekian.

Selesai Sudah Interaksi PERMAS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :-)
Harap hari ini anda semua lebih ceria dan gembira selalu…berlalu sudah hari interkasi PERMAS pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, yang berlangsung di Padang Varsiti. Walaupun ramai yang tidak dapat hadir kerana halangan-halangan tertentu namun program tersebut tetap berjalan dengan lancar.






Kelihatan muka-muka gembira dan ceria antara ahli-ahli baru dan ajk PERMAS. Dimana, kita semua dapat mengenali antara satu sama lain. Tidak lupa juga kepada anak negeri lain yang join sekali, terima kasih ya…Harap kita semua dapat bertemu kembali… =) moga ukhuwah yang terbina ini akan di rahmati…amen

Antara aksi-aksi sporting dan ceria :-

Sesi Ta'aruf @ suai kenal....(",)

regu =)

ceria sentiasa dimana jua..;-)


pemenang pertama...tahniah adik =)

Wednesday, August 4, 2010

HARI INTERAKSI PERMAS

ATTENTION TO ALL MEMBERS OF PERMAS!!!!
HARI INTERAKSI PERMAS AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 7 OGOS 2010
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PADANG VARSITI

JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI...
AKTIVITI MENARIK DISEDIAKAN... (HAPPY AND FUNNY)

Monday, August 2, 2010


SUKAN
Selangor kini sasar Piala Malaysia
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SELANGOR dinobatkan selaku juara Liga Super selepas menang 2-0 ke atas Terengganu kelmarin.

SETELAH berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kedua berturut-turut, sasaran Selangor kini adalah untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia pula.

Kali terakhir Selangor memenangi gelaran itu adalah pada tahun 2005.

Selangor sah dinobatkan juara Liga Super musim ini setelah mereka menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Amirulhadi Zainal pada minit ke-66 dan sepakan penalti Safiq Rahim lapan minit kemudian.

Pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan berkata, mereka hanya akan berehat enam hari selepas pertemuan terakhir Liga Super menentang Kedah malam esok untuk kembali berlatih bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 14 September depan.

“Sudah pasti fokus kita selepas ini ialah untuk menjuarai Piala Malaysia yang gagal dimenangi Selangor sepanjang empat musim sebelum ini.

“Berdasarkan kemampuan dan kesungguhan pemain sepanjang musim ini, saya rasa Selangor mampu berjaya dalam kempen Piala Malaysia kali ini,” kata Devan ketika ditemui selepas perla- wanan malam kelmarin.

Devan turut memberitahu, kegagalan pada separuh akhir kontroversi Piala FA menentang Negeri Sembilan pada April lalu membuatkan para pemainnya begitu bersemangat untuk menebusnya dengan menjuarai Liga Super.

“Ini merupakan kesungguhan yang ditampilkan para pemain setelah mereka begitu kecewa apabila gagal melangkah ke final untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musim lalu.

“Menentang Terengganu ini, saya lihat fokus dan tumpuan para pemain begitu baik kerana mereka begitu bersemangat untuk menamatkan terus perjuangan Kelantan bagi mencabar kedudukan Selangor,” jelasnya.

Musim lalu, Devan yang mula membimbing Selangor telah berjaya membawa pasukan itu muncul juara Liga Super, juara Piala FA dan juara Piala Sumbangsih manakala musim ini mereka berjaya mempertahankan dua daripadanya.

Status juara Liga Super musim ini melayakkan Selangor beraksi pada Piala AFC 2011 dan Devan dengan ringkas berkata: “Kita akan tunggu dan lihat dahulu sama ada pengurusan tertinggi FAS membenarkan kita bertanding atau tidak.”

sumber bernama Kosmo! Online...

Sunday, August 1, 2010

PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR, ANDA BOLEHLAH LINK DI WEB INI :

http://www.google.com.my/#hl=en&source=hp&q=TAWARAN+PINJAMAN+PELAJARAN+KERAJAAN+NEGERI+SELANGOR+SESI+KEDUA+TAHUN+2010&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=1&cad=b

MULAI 2 OGOS - 1 OKTOBER 2010...

HARAP MAKLUM...
TERIMA KASIH...

Saturday, July 31, 2010

Sekitar Promo PERMAS '10

ALHAMDULILLAH....
SELESAI SUDAH MINGGU PROMO BAGI SESI 2010/2011 KALI INI..
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG TELAH ANDA BERIKAN....

SEMOGA JASA BAIK ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPALNYA.... ;-)



BARISAN KEPIMPINAN PERMAS UM '10



Sunday, July 25, 2010

MINGGU PROMO

Datanglah beramai-ramai ke booth PERMAS untuk memeriahkan lagi suasana...
Banyak aktiviti yang menanti anda dan hadiah disediakan kepada yang berjaya...
Kami juga menawarkan mata ganjaran kepada mereka yang mendaftar dan aktif bersama PERMAS :

1. Mendapat potongan 10% dalam setiap pembelian produk Habbatussauda' di koperasi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

2. Mata ganjaran akan diberi kepada mereka yang aktif dalam aktiviti anjuran PERMAS.

3. Dapat beramah mesra bersama Menteri Besar Selangor.