HTML Scrolling Text

Tuesday, September 28, 2010

Bro - Mc Raya kembali lagi


NEW NEWS!!!!

28 september, Universiti Malaya. Bro-Mc Raya PMIUM kembali lagi dengan tawaran pelbagai aktiviti yang menarik kepada semua warga kampus Universiti Malaya. Bro-Mc Raya ini juga merupakan program dengan kerjasama PERMAS, PEMARAK, PMK DAN PERMADAH.Bakal berlangsung di Excel Training Resort,Lenggeng Negeri Sembilan dan berlangsung pada 2-3 oktober 2010 bersamaan hari Sabtu dan Ahad kelak.

Bro-Mc Raya menjanjikan kemeriahan aktiviti yang bermanfaat kepada warga kampus meliputi aktiviti jasmani dan rohani.

Pendaftaran masih dibuka kepada semua warga kampus dan sangat di alu-alukan kepada semua.

Untuk pendaftaran boleh menghubungi:
Saudari Ulfah 013-6296759....


Bagi ahli PERMAS, seramai 20 orang wakil di perlukan...
Dan tidak lupa juga...Point anda yang ahli akan di ambil kira dan bakal mendapat ganjaran di akhir sesi nanti..

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!! Ayuh sama-sama kita menjayakannya...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Wednesday, September 22, 2010


21 Sept, Universiti Malaya :
Semua mahasiswa dan kakitangan UM dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi Pesta Tanglung UM 2010 yang bertempat di Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC UM).

Pesta itu yang dianjurkan Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) telah bermula semalam (20 September) dan dijangka berakhir 27 September ini. Pesta Tanglung itu turut mendapat liputan rasmi daripada Saluran NTV7.

Pelbagai aktiviti dan acara menarik akan disajikan kepada semua pengunjung. Antaranya Konsert Mini, Pameran-pameran, akrobatik cina dan sebagainya.

Pada 27 September (Isnin) nanti, satu persembahan khas yang dinamakan Malam Persembahan akan dipertontonkan kepada semua pengunjung yang datang. Malam Persembahan itu akan bermula pukul 7 malam hingga pukul 10 malam.

Pesta yang mendapat ramai tajaan dan sokongan badan-badan luar itu adalah acara tahunan di sini dan setiap tahun akan dilangsungkan.

Ayuh warga kampus UM bersama-sama hadir terutama ahli-ahli PERMAS dan semua mahasiswa/wi Selangor dan KL bagi memeriahkan lagi Pesta Tanglung UM 2010 kali ini!!!!

::Seiring Bersama Permas::

Tuesday, September 21, 2010

Sajak :AIDILFITRI INI



Aidilfitri ini,
saat kemenangan paling indah
seusai berdepan ujian sebulan
senjata iman menundukkan nafsu
tak terbelit akar kebatilan
beribadah tulus mencari hikmah
di bawah terangnya purnama barakah
terpancar cahaya kebaikan
sempurna pembersihan diri
dalam kejernihan nurani.

Aidilfitri ini,
detik kebahagiaan pemberian Allah
betapa damai, hening dan syahdu
dianugerahi kesempatan
menikmati kemanisan
dalam perjalanan hayat
dilingkari kabut rindu
jiwa disentuh takbir bergema
dari menara kebesaran
mengembang cahaya kasih pada Ilahi
mengorak kelopak syukur di taman hati.

Aidilfitri ini,
sesuci kurniaan bersemarak wangi
maknakan anugerah ini
dengan memperteguh cinta hakiki


P/S :
Di kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...
Moga ia memberi keberkatan kepada kita semua.Bulan Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Moga ia berjaya merubah diri kita kepada yang lebih baik. Dimana, Allah telah memberi kita latihan fizikal, mental, emosi dan rohani di dalam bulan ini untuk mewujudkan zon pencerahan selepas bulan Ramadhan.

Tahukah anda, apa yang di maksudkan dengan bulan Syawal ini??? bulan menyambut Aidilfitri...ya, bulan ini adalah bulan kemenangan bagi umat Islam. Dimana, ia adalah bagi mereka yang benar-benar menghayati bulan ini. Kemenangan Aidilfitri ini adalah bagi mereka yang telah banyak melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Tetapi, ramai dikalangan kita pada masa kini yang melihat kemenangan itu pada persiapan semata-mata. Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri ini agar tidak lalai dan alpa. Kepada yang tua perlu dihormati dan yang muda pula di sayangi. Ayuh mari kita bersama-sama membina perubahan diri yang berterusan dari bulan Ramadhan, Syawal hinggalah seterusnya...

:: SELAMAT BERAMAL ::

P/S : sajak ni diambil daripada http://penyair.wordpress.com/2009/09/29/sajak-aidilfitri-ini/ tp, cuma ad edit skit2 je... :-)

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman kepada semua warga kampus Universiti Malaya bagi sesi 2010/2011. berhati-hati di jalanraya dan ingatlah insan yang tersayang ye...

Tidak lupa juga..kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kampus Universiti Malaya yang beragama Islam khususnya dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya. Kami ingin memohon jutaan kemaafan jika ada salah silap dari zahir mahupun batin.

Oleh itu, berhati-hati semasa berada di kampung halaman masing-masing.. (safety First) ya...

sekian...