HTML Scrolling Text

Thursday, January 20, 2011

Selamat Hari Thaipusam


Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling su

ci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon am

pun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-k

anak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada y

ang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlaha

n-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia.

Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel

Patung Dewa Murugan

Perbandingan Malaysia dan India.

Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh peladang pada zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang. Di ladang-ladang , kuil-kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian saiznya tidaklah begitu besar . Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan melintang , Seremban, Johor Bahru , Kuala Lumpur dan lain-lain.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.

Cuti di Malaysia.

Hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Persekutuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum.


Kepada Warga Kampus Uni Malaya yang beragama Hindu, Selamat Hari Thaipusam..

:: Seiring Bersama Permas ::