HTML Scrolling Text

Tuesday, August 31, 2010

SEMARAK '10

Sambutan Kemerdekaan & Penghayatan Ramadhan (SEMARAK '10) telah berlangsung pada 30-31 OGOS 2010, yang bertempat di i-City, Seksyen 7, Shah Alam... Banyak program yang telah dijalankan. Antaranya adalah :

1. Konsert Amal Kemerdekaan
2. Mengingati Peristiwa Marvi Marmara LL4Gaza
3. Iftor Jamaie
4. Solat Tarawih Perdana (diimami oleh Imam Muda Asyraf)
5. Sambutan Kemerdekaan Bersama Menteri Besar
6. Ekpedisi Dakwah GeMS
7. Cabutan Bertuah
8. Pertunjukan Bunga Api
9. Pelancaran Kempen Anti Zina

Ramai juga artis jemputan yang diundang, antaranya adalah Mawi, Ustaz Zamri, Ringgo Arrow, Mohd Asyraf (imam muda), A Samad Said, Ramli Sarip dan ramai lagi...




Friday, August 27, 2010

PELANCARAN KEMPEN ANTI ZINA & GENERASI IDAMAN SELANGOR.

30-31 OGOS 2010
6 PETANG-6 PAGI

TEMPAT : i-CITY SS7, SHAH ALAM

ANJURAN : MAJLIS PERMUAFAKATAN MAHASISWA SELANGOR (MPMS)

BERMINAT????
HUBUNGI, SAUDARA AZHARI : 0176384612

KENDERAAN DISEDIAKAN

iFtar di Dewan Jubli Perak, Shah Alam....



















tq kepada semua yg join program ni...
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung...
salam ramadhan el-mubarak 1431H..

Tuesday, August 24, 2010

:: Ibadah Rasulullah di bulan Ramadhan ::


Oleh: Ustaz Husni Ginting

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal pada bulan ini, didalam menghidupkan bulan Ramadhan perlu kita ketahui bagaimana Rasulullah menghidupakan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.


Adapun kegiatan dan ibadah Rasulullah di bulan Ramadhan adalah sebagai berikut :

1 - Puasa

Diantara ibadah yang Rasulullah laksanakan adalah puasa bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda :


عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر رمضان فقال : " لآتصوموا حتى تروا الهلال، ولا تفطروا حتى تروه .......الحديث . رواه البخاري رقم 1906 .

Artinya : Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata : Bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyebutkan bulan Ramadhan dan bersabda : " Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan janganlah kamu berbuka ( Raya Idul Fitri ) sehingga kamu melihat anak bulan .
( Hadis diriwayatkan oleh Bukhari no :1906 ).

Berkata Sayyidah `Aisyah :

أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم إن كان ليصبح جنبا من جماع غير احتلام، ثم يصومه

Artinya :Aku bersaksi keatas Rasulullah s.a.w. jikalau beliau ketika waktu subuh dalam keadaan junub bukan disebabkan mimpi ( tetapi disebabkan jima` ), kemudian beliau berpuasa
. ( H.R Bukhari no 1931 ).

2 - Bersahur

Sahur adalah memakan sesuatu untuk menguatkan ibadah puasa, bersahur merupakan amalan sunnah yang di galakkan Rasululah s.a.w., bagi seorang yang ingin melaksanakan ibadah puasa hendaklah semestinya bersahur sebelum sebelum fajar datang, sebab dapat membantu mengkuatkan tubuh dalam berpuasa.

Rasulullah bersabda :

إن فصل ما بينصيامنا وصيام أهل التاب أكلة السحر رواه أبو داود رقم : 2343

Artinya : Dari Amr bin`Ash beliau berkata : Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya perbedaan puasanya kita ( umat islam ) dan ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani ) adalah makan ketika waktu Suhur
(H.R Abu Daud no 2343 ).

Dari pada Anas bin Malik Rasulullah bersabda :

تسحروا فإن في السحور بركة رواه البخاري رقم : 1923 .

Artinnya : Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya sahur itu terdapat keberkatan.
( H.R Bukhari no 1923 ).

Adab-adab sahur

a - Bersahur dengan tamar

Disunnahkan agar bersahur dengan tamar, walaupun kemudian memakan makanan yang lainnya, memakan makanan yang terdiri dari nasi, roti tidak mengapa tetapi sebaiknya ditambah lagi dengan tamar sebagaimana Rasulullah bersabda :

نعم السحور المؤمن التمر

artinya : Sebaik-baik sahurnya orang mukmin adalah memakan tamar
( H.R Abu Daud no :2345 ).

b - Melambatkan masa bersahur

Sunnah hukumnya melambatkan makan sahur, sebab maksud sahur itu adalah membantu memperkuat tubuh guna melaksanakan ibadah puasa.

Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata :

تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة ، قيل كم كان بينهما ؟ قال : خمسون آية رواه البخاري ومسلم

artinya : Kami bersahur beserta Rasulullah s.a.w. kemudian kami melaksanakan Shalat ( subuh), beliau di tanya , berapakah jarak diantara sahur dan shalat subuh ?, beliau ( Zaid )berkata : sekedar membaca lima puluh ayat.
( H.R Bukhari no 1921 dan Muslim no : 1097 ).

3 - Berbuka puasa

Rasulullah s.a.w akan berbuka puasa jika matahari terbenam, dan menyuruh para shabatnya berbuka puasa secepatnya, mereka berbuka puasa dengan apa adanya

a - Sunah-sunah dalam berbuka puasa

Disunnahkan bagi seorang yang berpuasa mempercepat buka puasa jika matahari telah terbenam dengan sempurna, dengan tanpa melambat-lambatkan, sebab Rasulullah bersabda :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

artinya : Senantiasa manusia ( umat islam yang berpuasa ) dalam keadaan baik bila mempercepat berbuka puasa.
( H.R Bukhari no : 1957 dan Muslim no : 1098 ).

b - Berdo`a ketika berbuka puasa

Disunnahkan berdo`a ketika berbuka puasadengan do`a yang telah di ajarkan Rasulullah s.a.w.

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

Artinya : Bahwasnya Nabi s.a.w. apabila berbuka puasa maka dia berdo`a : Ya Allah bagimulah puasaku, dan aku telah berbuka dengan rezki yang engkau berikan.
( H.R Abu Daud no 2358 ).


4 - Memberi makanan untuk berbuka

Diantara amalan yang selalu Rasululah laksanakan adalah memberi bukaan puasa bagi orang berpuasa, hal ini sangat meringankan orang-orang miskin dan orang yang memerlukan, amalan ini sangat subur sekali di Mesir, biasanya amalan ini disebut juga Ma`idaturrahman, pahala memberi bukaan terhadap orang yang berpuasa sangat besar sekali sebagaimana Rasulullah bersabda :

من فطّر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

artinya : Barangsiapa yang memberi makan ( untuk buka puasa ) orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tetapi tidak mengurangkan sedikitpun pahala puasa orang yang berpuasa itu.
( H.R Tirmizi no : 807 ).

5 - Mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa

Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendo`akan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah di sebutkan Imam Abu Daud didalam sunannya :

عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة رواه أبو داود

Artinya : Telah berbuka puasa orang -orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendo`akan kamu.
( H.R Abu Daud no : 3854 ).

6 - Shalat Taraweh

Didalam bulan Ramadhan Rasulullah selalu melaksanakan shalat sunnah taraweh, dan menganjurkan agar kita senantiasa melaksanakan shalat malam sebagaimana sabda beliau :

عن أبي هريرة قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر

artinya : Barangsiapa yang melaksanakan shalat malam ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala maka diampunkanlah dosa-dosanya yang telah lewat.
( H.R Bukhari no : 2009 ).

7 - Menjaga Lailatu al-Qadar

Di sunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :

عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان

artinya : Hendaklah kamu mencari malam qadar itupada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan.
( H.R Bukhari no : 2017 ).

8 - Ber`itikaf

Diantara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان

artinya : Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan.
( H.R Bukhari , no : 2025 ).


Rujukan :

1 - Sohih Bukhari , karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, terbitan Dar Salam Lin-Nasyri Wa Tauzi`, Riyadh, terbitan kedua 1419-1999.

2 - Sohih Muslim , karangan Imam Abu al-Husein Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi an-Naisaburi, terbitan Alfa Cairo, cetakkan pertama 1429-2008.

3 - Sunan Abu Daud, karangan Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy-`ats as-Sijistani, terbitan Dar Fikr, cetakan pertama 1426-2005.

sumber :http://jomfaham.blogspot.com/

Wednesday, August 11, 2010



Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Ramadhan kembali lagi. Selamat menyambut bulan ramadhan el-mubarak 1431H kepada semua umat Islam. Moga ramadhan kali ini membawa banyak rahmat dan keampunan kepada kita semua. Jadikanlah peluang ini untuk kita memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri… :-)

... SELAMAT BERAMAL...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Monday, August 9, 2010

Majlis Pelancaran Buku Pembagunan Wanita Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung semua khasnya kepada ahli-ahli PERMAS. Untuk pengetahuan semua, pada 7 Ogos 2010 yang lalu, wakil daripada semua persatuan telah mengahadiri satu majlis pelancaran buku yang berjudul “Himpunan Makalah Wanita dan Pembagunan di Malaysia Satu Kesinambungan Menyusuli Perubahan Selama Empat Dekad”. Dimana, ia telah berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, bermula pada jam 4pm-6pm. Ia juga adalah suatu projek akademik yang telah diilhamkan dan diselaraskan oleh Y.A.D Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin, dan telah disempurnakan atau dirasmikan oleh Menteri Pembagunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Y.B. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Untuk maklumat juga, Y.A.D Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin adalah seorang isteri kepada Menteri Besar Johor ke-14 iaitu Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman. Beliau juga adalah Tokoh Akademik yang pertama memperkenalkan idea “Smart-Partnership” dalam bidang kebajikan masyarakat.

Banyak maklumat yang dapat kita perolehi daripada buku tersebut. Ia merupakan penterjemahan dalam Bahasa Malaysia dari buku “Reading on Women and Development in Malaysia – A Sequel (Tracing Four Decades of Change)”. Dimana, ia adalah hasilan sebuah projek akademik daya usaha Profesor Jamilah Ariffin. Ia mengandungi 14 buah makalah hasil kajian pakar-pakar dalam berbagai bidang mengenai “Wanita dan Pembagunan”.

Makalah-makalah ini dihasilkan mmenggunakan metodologi “longitudinal” dalam menganalisis data mengikut masa yang mencakupi empat dekad (1970-an sehingga masa kini), meliputi tajuk-tajuk yang luas, bermula dari kedudukan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan, migrasi dan dalam persatuan-persatuan sukarela. Analisis dilakukan berdasarkan jangka panjang kepelbagaian data kebangsaan, juga menyediakan pemahaman mengenai status demografik wanita dalam perkahwinan dan kesuburan, satu penilaian mandalam mengenai kedudukan wanita luar Bandar dalam era perubahan sektor pertanian, telah melengkapkan gambaran sebenar.

Sebagai kesinambungan kepada penerbitan yang terdahulu dalam tahun 1994 dengan judul yang sama, sesungguhnya ia merupakan satu usaha penuh wibawa, ilmiah dan diyakini amat berguna justeru diperakukan untuk para pelajar, para pembuat dasar, para pengamal malah untuk semua para peminat mengenai “Wanita dan Pembagunan” dan pengajian Pembagunan Ekonomi dan Masyarakat.



Reading on Women and Development in Malaysia.


This book contains a collection of twenty research-based essays written by Malaysian researchers from different academic disciplines but who are all focussing on common issues pertaining to “Women and Development”.
It represent the result of over six years of planning and coordinating work by the leader of the book project, Dr Jamilah Ariffin, who initiated it when she was Coordinator of the Population Studies Unit, Faculty of Economics, University of Malaya.
The original aim of this project was to assist the Malaysian government in the preparation of the “National Policy on Women” and the “Women’s chapter” in the Sixth Malaysia Plan.
This book covers a wide range of topics essential to a basic understanding of “Women and Development in Malaysia” for the period 1970-1990. It is a “must read” publication for anyone interested in “Women and Development in Malaysia”.

Akhir kata, ini sahaja coretan yang dapat ditulis. Moga ia dapat memberi manfaat dan info terkini kepada semua. Sekian.

Selesai Sudah Interaksi PERMAS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :-)
Harap hari ini anda semua lebih ceria dan gembira selalu…berlalu sudah hari interkasi PERMAS pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, yang berlangsung di Padang Varsiti. Walaupun ramai yang tidak dapat hadir kerana halangan-halangan tertentu namun program tersebut tetap berjalan dengan lancar.






Kelihatan muka-muka gembira dan ceria antara ahli-ahli baru dan ajk PERMAS. Dimana, kita semua dapat mengenali antara satu sama lain. Tidak lupa juga kepada anak negeri lain yang join sekali, terima kasih ya…Harap kita semua dapat bertemu kembali… =) moga ukhuwah yang terbina ini akan di rahmati…amen

Antara aksi-aksi sporting dan ceria :-

Sesi Ta'aruf @ suai kenal....(",)

regu =)

ceria sentiasa dimana jua..;-)


pemenang pertama...tahniah adik =)

Wednesday, August 4, 2010

HARI INTERAKSI PERMAS

ATTENTION TO ALL MEMBERS OF PERMAS!!!!
HARI INTERAKSI PERMAS AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 7 OGOS 2010
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PADANG VARSITI

JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI...
AKTIVITI MENARIK DISEDIAKAN... (HAPPY AND FUNNY)

Monday, August 2, 2010


SUKAN
Selangor kini sasar Piala Malaysia
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SELANGOR dinobatkan selaku juara Liga Super selepas menang 2-0 ke atas Terengganu kelmarin.

SETELAH berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kedua berturut-turut, sasaran Selangor kini adalah untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia pula.

Kali terakhir Selangor memenangi gelaran itu adalah pada tahun 2005.

Selangor sah dinobatkan juara Liga Super musim ini setelah mereka menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Amirulhadi Zainal pada minit ke-66 dan sepakan penalti Safiq Rahim lapan minit kemudian.

Pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan berkata, mereka hanya akan berehat enam hari selepas pertemuan terakhir Liga Super menentang Kedah malam esok untuk kembali berlatih bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 14 September depan.

“Sudah pasti fokus kita selepas ini ialah untuk menjuarai Piala Malaysia yang gagal dimenangi Selangor sepanjang empat musim sebelum ini.

“Berdasarkan kemampuan dan kesungguhan pemain sepanjang musim ini, saya rasa Selangor mampu berjaya dalam kempen Piala Malaysia kali ini,” kata Devan ketika ditemui selepas perla- wanan malam kelmarin.

Devan turut memberitahu, kegagalan pada separuh akhir kontroversi Piala FA menentang Negeri Sembilan pada April lalu membuatkan para pemainnya begitu bersemangat untuk menebusnya dengan menjuarai Liga Super.

“Ini merupakan kesungguhan yang ditampilkan para pemain setelah mereka begitu kecewa apabila gagal melangkah ke final untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musim lalu.

“Menentang Terengganu ini, saya lihat fokus dan tumpuan para pemain begitu baik kerana mereka begitu bersemangat untuk menamatkan terus perjuangan Kelantan bagi mencabar kedudukan Selangor,” jelasnya.

Musim lalu, Devan yang mula membimbing Selangor telah berjaya membawa pasukan itu muncul juara Liga Super, juara Piala FA dan juara Piala Sumbangsih manakala musim ini mereka berjaya mempertahankan dua daripadanya.

Status juara Liga Super musim ini melayakkan Selangor beraksi pada Piala AFC 2011 dan Devan dengan ringkas berkata: “Kita akan tunggu dan lihat dahulu sama ada pengurusan tertinggi FAS membenarkan kita bertanding atau tidak.”

sumber bernama Kosmo! Online...

Sunday, August 1, 2010

PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR, ANDA BOLEHLAH LINK DI WEB INI :

http://www.google.com.my/#hl=en&source=hp&q=TAWARAN+PINJAMAN+PELAJARAN+KERAJAAN+NEGERI+SELANGOR+SESI+KEDUA+TAHUN+2010&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=1&cad=b

MULAI 2 OGOS - 1 OKTOBER 2010...

HARAP MAKLUM...
TERIMA KASIH...