HTML Scrolling Text

Saturday, November 26, 2011

HARI INTERAKSI













Sesi pendaftaran...bersama Door gift yang cantik dan sedap ^^
*rugi org yang x datang


Ucapan alu-aluan daripada YDP PERMAS,
Muhammad Akmal Bin Razali

Majlis d mulakan dengan tayangan video,
1. MT dan Exco PERMAS 2011/2012
saksikn d link,,

2. Diari PERMAS





Penyampaian cerdermata oleh YDP PERMAS kepada YDP MPM, Mohd Syahid Bin Mohd Zaini di iringi pengarah Hari Interaksi, Abdul Kadir Bin Akhri

peserta mendengar penerangan dan tentatif progrem

Sesi ice breaking, n Game kotak beracun
*cuak :p

part paling best,, cabutan bertuah,,
*congrate ^^






next game, acara tiup belon sampai pecah,,
*dalam belon ada kepingan gambar tempat menarik d selangor


dan, lengkapkan puzzle


last game, menyampaikn berita beramai-ramai secara spontan
gamat sungguh suasana dgn tawa..
*adaptasi drp rancangan TV spontan



penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menjuarai permainan
d sampaikan oleh NYDP PERMAS, Nor Izati Binti Samsudin

saat y di nanti,, MAKANNN.....
mehoon lazat,, popia specel dr chef kami ^^

sesi bergambar..
semoga ukhwah y terbina kekal dan d redhai Allah

PROMO WEEK


Tuesday, July 19, 2011

Selesai Program CEKAP 11'



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, selesai sudah program CEKAP 11' di Bagan Terap...Moga adik-adik di Bagan Terap mendapat manfaat daripada program PERMAS pada tahun ini. Banyak aktiviti yang telah kami jalankan antaranya LDK 1 & 2, debat perdana, explorace, bina menara, riadah, tazkirah berangkai dan sebagainya. Oleh itu, daripada semua aktiviti yang telah dijalankan, maka kami telah memilih 6 orang peserta untuk menerima 3 anugerah, iaitu 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Anugerah tersebut adalah Anugerah Aktif, Anugerah Emas dan Anugerah Harapan.

Untuk maklumat semua, Anugerah Aktif telah dinobatkan kepada adik Al-Hafiz Husma Bin Saiful Azman dan adik Salfarazira Binti Salamun. Manakala Anugerah Emas telah dimiliki oleh adik Shahril Anuar bin Samsul Bahari dan adik Fatin Isma Anisa Binti Ismail. Seterusnya untuk Anugerah Harapan pula telah menjadi milik adik Iskandar I'mal Bin Sataria dan adik Nurul Afifah Binti Zaki. Moga dengan anugerah tersebut menjadikan mereka semua lebih bersemangat untuk belajar dan mengejar cita-cita dan menjadi pendorong kepada semua rakan-rakan.

Disini juga kami titipkan beberapa gambar untuk ahli PERMAS yang menyokong kami.

Toxic River
Sentuhan Qalbu


Debat Perdana

Motif


Riadah Ringan


Tazkirah Berangkai


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayaka CEKAP 11' khususnya kepada guru-guru di SAM Bagan Terap dan barisan fasilitator.

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Friday, July 15, 2011

CEKAP '11


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat pertama kalinya PERMAS sesi 2011/2012 akan mengadakan program motivasi di SAM BAGAN TERAP pada 15-17 Julai 2011. JOm sertai kami...

Banyak program yang menarik..moga ia bermanfaat untuk semua terutamanya kepada warga SAM BAGAN TERAP...

sekian.

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Tuesday, April 19, 2011

SELESAI AGM PERMAS


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Alhamdulillah, selesai sudah AGM PERMAS...moga pimpinan yg akan datang dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan amanah & saksama...
terima kasih...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Sunday, March 27, 2011

KARNIVAL SUKAN NEGERI-NEGERI & KONSERT KESENIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

JOM HADIRI BERAMAI-RAMAI...
KITA HAGATKAN DAN MERIAHKANNYA BERSAMA-SAMA... =)


:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Monday, February 14, 2011

Sekitar Bengkel Multimedia '11


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selesai sudah program BENGKEL MULTIMEDIA '11 yang telah diadakan di DK C Fakulti Sastera dan Sains Sosial pada 12 Februari 2011... moga ia dapat memberi input kepada anda yang menyertainya. Semoga anda juga dapat menjadi DUTA kepada PERMAS pada masa akan datang..Kepada yang tidak dapat menyertainya, tunggu lagi program PERMAS yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.... =)
Berikut kami sajika kepada anda gambar sekitar Bengkel berlangsung...








P/S : nak tengok gambar banyak lagi...jom la ke facebook PERMAS UM... =)