HTML Scrolling Text

Saturday, November 26, 2011

HARI INTERAKSI













Sesi pendaftaran...bersama Door gift yang cantik dan sedap ^^
*rugi org yang x datang


Ucapan alu-aluan daripada YDP PERMAS,
Muhammad Akmal Bin Razali

Majlis d mulakan dengan tayangan video,
1. MT dan Exco PERMAS 2011/2012
saksikn d link,,

2. Diari PERMAS





Penyampaian cerdermata oleh YDP PERMAS kepada YDP MPM, Mohd Syahid Bin Mohd Zaini di iringi pengarah Hari Interaksi, Abdul Kadir Bin Akhri

peserta mendengar penerangan dan tentatif progrem

Sesi ice breaking, n Game kotak beracun
*cuak :p

part paling best,, cabutan bertuah,,
*congrate ^^






next game, acara tiup belon sampai pecah,,
*dalam belon ada kepingan gambar tempat menarik d selangor


dan, lengkapkan puzzle


last game, menyampaikn berita beramai-ramai secara spontan
gamat sungguh suasana dgn tawa..
*adaptasi drp rancangan TV spontan



penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menjuarai permainan
d sampaikan oleh NYDP PERMAS, Nor Izati Binti Samsudin

saat y di nanti,, MAKANNN.....
mehoon lazat,, popia specel dr chef kami ^^

sesi bergambar..
semoga ukhwah y terbina kekal dan d redhai Allah

PROMO WEEK


Tuesday, July 19, 2011

Selesai Program CEKAP 11'



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, selesai sudah program CEKAP 11' di Bagan Terap...Moga adik-adik di Bagan Terap mendapat manfaat daripada program PERMAS pada tahun ini. Banyak aktiviti yang telah kami jalankan antaranya LDK 1 & 2, debat perdana, explorace, bina menara, riadah, tazkirah berangkai dan sebagainya. Oleh itu, daripada semua aktiviti yang telah dijalankan, maka kami telah memilih 6 orang peserta untuk menerima 3 anugerah, iaitu 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Anugerah tersebut adalah Anugerah Aktif, Anugerah Emas dan Anugerah Harapan.

Untuk maklumat semua, Anugerah Aktif telah dinobatkan kepada adik Al-Hafiz Husma Bin Saiful Azman dan adik Salfarazira Binti Salamun. Manakala Anugerah Emas telah dimiliki oleh adik Shahril Anuar bin Samsul Bahari dan adik Fatin Isma Anisa Binti Ismail. Seterusnya untuk Anugerah Harapan pula telah menjadi milik adik Iskandar I'mal Bin Sataria dan adik Nurul Afifah Binti Zaki. Moga dengan anugerah tersebut menjadikan mereka semua lebih bersemangat untuk belajar dan mengejar cita-cita dan menjadi pendorong kepada semua rakan-rakan.

Disini juga kami titipkan beberapa gambar untuk ahli PERMAS yang menyokong kami.

Toxic River
Sentuhan Qalbu


Debat Perdana

Motif


Riadah Ringan


Tazkirah Berangkai


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayaka CEKAP 11' khususnya kepada guru-guru di SAM Bagan Terap dan barisan fasilitator.

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Friday, July 15, 2011

CEKAP '11


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat pertama kalinya PERMAS sesi 2011/2012 akan mengadakan program motivasi di SAM BAGAN TERAP pada 15-17 Julai 2011. JOm sertai kami...

Banyak program yang menarik..moga ia bermanfaat untuk semua terutamanya kepada warga SAM BAGAN TERAP...

sekian.

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Tuesday, April 19, 2011

SELESAI AGM PERMAS


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Alhamdulillah, selesai sudah AGM PERMAS...moga pimpinan yg akan datang dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan amanah & saksama...
terima kasih...

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Sunday, March 27, 2011

KARNIVAL SUKAN NEGERI-NEGERI & KONSERT KESENIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

JOM HADIRI BERAMAI-RAMAI...
KITA HAGATKAN DAN MERIAHKANNYA BERSAMA-SAMA... =)


:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

Monday, February 14, 2011

Sekitar Bengkel Multimedia '11


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selesai sudah program BENGKEL MULTIMEDIA '11 yang telah diadakan di DK C Fakulti Sastera dan Sains Sosial pada 12 Februari 2011... moga ia dapat memberi input kepada anda yang menyertainya. Semoga anda juga dapat menjadi DUTA kepada PERMAS pada masa akan datang..Kepada yang tidak dapat menyertainya, tunggu lagi program PERMAS yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.... =)
Berikut kami sajika kepada anda gambar sekitar Bengkel berlangsung...








P/S : nak tengok gambar banyak lagi...jom la ke facebook PERMAS UM... =)


Wednesday, February 2, 2011


Tahun Baru Cina

Merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salai dan sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.


Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini. Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过 年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".


Sambutan perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.


Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.


Hidangan Tahun Baru
Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团 圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年 年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun".


Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年快乐; pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过 年好) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. "Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk); manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).


Sumber: Wikipedia

Thursday, January 20, 2011

Selamat Hari Thaipusam


Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling su

ci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon am

pun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-k

anak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada y

ang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlaha

n-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia.

Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel

Patung Dewa Murugan

Perbandingan Malaysia dan India.

Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh peladang pada zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang. Di ladang-ladang , kuil-kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian saiznya tidaklah begitu besar . Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan melintang , Seremban, Johor Bahru , Kuala Lumpur dan lain-lain.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.

Cuti di Malaysia.

Hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Persekutuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum.


Kepada Warga Kampus Uni Malaya yang beragama Hindu, Selamat Hari Thaipusam..

:: Seiring Bersama Permas ::