HTML Scrolling Text

Tuesday, July 19, 2011

Selesai Program CEKAP 11'



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, selesai sudah program CEKAP 11' di Bagan Terap...Moga adik-adik di Bagan Terap mendapat manfaat daripada program PERMAS pada tahun ini. Banyak aktiviti yang telah kami jalankan antaranya LDK 1 & 2, debat perdana, explorace, bina menara, riadah, tazkirah berangkai dan sebagainya. Oleh itu, daripada semua aktiviti yang telah dijalankan, maka kami telah memilih 6 orang peserta untuk menerima 3 anugerah, iaitu 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Anugerah tersebut adalah Anugerah Aktif, Anugerah Emas dan Anugerah Harapan.

Untuk maklumat semua, Anugerah Aktif telah dinobatkan kepada adik Al-Hafiz Husma Bin Saiful Azman dan adik Salfarazira Binti Salamun. Manakala Anugerah Emas telah dimiliki oleh adik Shahril Anuar bin Samsul Bahari dan adik Fatin Isma Anisa Binti Ismail. Seterusnya untuk Anugerah Harapan pula telah menjadi milik adik Iskandar I'mal Bin Sataria dan adik Nurul Afifah Binti Zaki. Moga dengan anugerah tersebut menjadikan mereka semua lebih bersemangat untuk belajar dan mengejar cita-cita dan menjadi pendorong kepada semua rakan-rakan.

Disini juga kami titipkan beberapa gambar untuk ahli PERMAS yang menyokong kami.

Toxic River
Sentuhan Qalbu


Debat Perdana

Motif


Riadah Ringan


Tazkirah Berangkai


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayaka CEKAP 11' khususnya kepada guru-guru di SAM Bagan Terap dan barisan fasilitator.

:: SEIRING BERSAMA PERMAS ::

No comments:

Post a Comment