HTML Scrolling Text

Monday, August 9, 2010

Majlis Pelancaran Buku Pembagunan Wanita Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung semua khasnya kepada ahli-ahli PERMAS. Untuk pengetahuan semua, pada 7 Ogos 2010 yang lalu, wakil daripada semua persatuan telah mengahadiri satu majlis pelancaran buku yang berjudul “Himpunan Makalah Wanita dan Pembagunan di Malaysia Satu Kesinambungan Menyusuli Perubahan Selama Empat Dekad”. Dimana, ia telah berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, bermula pada jam 4pm-6pm. Ia juga adalah suatu projek akademik yang telah diilhamkan dan diselaraskan oleh Y.A.D Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin, dan telah disempurnakan atau dirasmikan oleh Menteri Pembagunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Y.B. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Untuk maklumat juga, Y.A.D Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin adalah seorang isteri kepada Menteri Besar Johor ke-14 iaitu Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman. Beliau juga adalah Tokoh Akademik yang pertama memperkenalkan idea “Smart-Partnership” dalam bidang kebajikan masyarakat.

Banyak maklumat yang dapat kita perolehi daripada buku tersebut. Ia merupakan penterjemahan dalam Bahasa Malaysia dari buku “Reading on Women and Development in Malaysia – A Sequel (Tracing Four Decades of Change)”. Dimana, ia adalah hasilan sebuah projek akademik daya usaha Profesor Jamilah Ariffin. Ia mengandungi 14 buah makalah hasil kajian pakar-pakar dalam berbagai bidang mengenai “Wanita dan Pembagunan”.

Makalah-makalah ini dihasilkan mmenggunakan metodologi “longitudinal” dalam menganalisis data mengikut masa yang mencakupi empat dekad (1970-an sehingga masa kini), meliputi tajuk-tajuk yang luas, bermula dari kedudukan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan, migrasi dan dalam persatuan-persatuan sukarela. Analisis dilakukan berdasarkan jangka panjang kepelbagaian data kebangsaan, juga menyediakan pemahaman mengenai status demografik wanita dalam perkahwinan dan kesuburan, satu penilaian mandalam mengenai kedudukan wanita luar Bandar dalam era perubahan sektor pertanian, telah melengkapkan gambaran sebenar.

Sebagai kesinambungan kepada penerbitan yang terdahulu dalam tahun 1994 dengan judul yang sama, sesungguhnya ia merupakan satu usaha penuh wibawa, ilmiah dan diyakini amat berguna justeru diperakukan untuk para pelajar, para pembuat dasar, para pengamal malah untuk semua para peminat mengenai “Wanita dan Pembagunan” dan pengajian Pembagunan Ekonomi dan Masyarakat.



Reading on Women and Development in Malaysia.


This book contains a collection of twenty research-based essays written by Malaysian researchers from different academic disciplines but who are all focussing on common issues pertaining to “Women and Development”.
It represent the result of over six years of planning and coordinating work by the leader of the book project, Dr Jamilah Ariffin, who initiated it when she was Coordinator of the Population Studies Unit, Faculty of Economics, University of Malaya.
The original aim of this project was to assist the Malaysian government in the preparation of the “National Policy on Women” and the “Women’s chapter” in the Sixth Malaysia Plan.
This book covers a wide range of topics essential to a basic understanding of “Women and Development in Malaysia” for the period 1970-1990. It is a “must read” publication for anyone interested in “Women and Development in Malaysia”.

Akhir kata, ini sahaja coretan yang dapat ditulis. Moga ia dapat memberi manfaat dan info terkini kepada semua. Sekian.

No comments:

Post a Comment