HTML Scrolling Text

Monday, August 2, 2010


SUKAN
Selangor kini sasar Piala Malaysia
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SELANGOR dinobatkan selaku juara Liga Super selepas menang 2-0 ke atas Terengganu kelmarin.

SETELAH berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kedua berturut-turut, sasaran Selangor kini adalah untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia pula.

Kali terakhir Selangor memenangi gelaran itu adalah pada tahun 2005.

Selangor sah dinobatkan juara Liga Super musim ini setelah mereka menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Amirulhadi Zainal pada minit ke-66 dan sepakan penalti Safiq Rahim lapan minit kemudian.

Pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan berkata, mereka hanya akan berehat enam hari selepas pertemuan terakhir Liga Super menentang Kedah malam esok untuk kembali berlatih bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 14 September depan.

“Sudah pasti fokus kita selepas ini ialah untuk menjuarai Piala Malaysia yang gagal dimenangi Selangor sepanjang empat musim sebelum ini.

“Berdasarkan kemampuan dan kesungguhan pemain sepanjang musim ini, saya rasa Selangor mampu berjaya dalam kempen Piala Malaysia kali ini,” kata Devan ketika ditemui selepas perla- wanan malam kelmarin.

Devan turut memberitahu, kegagalan pada separuh akhir kontroversi Piala FA menentang Negeri Sembilan pada April lalu membuatkan para pemainnya begitu bersemangat untuk menebusnya dengan menjuarai Liga Super.

“Ini merupakan kesungguhan yang ditampilkan para pemain setelah mereka begitu kecewa apabila gagal melangkah ke final untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musim lalu.

“Menentang Terengganu ini, saya lihat fokus dan tumpuan para pemain begitu baik kerana mereka begitu bersemangat untuk menamatkan terus perjuangan Kelantan bagi mencabar kedudukan Selangor,” jelasnya.

Musim lalu, Devan yang mula membimbing Selangor telah berjaya membawa pasukan itu muncul juara Liga Super, juara Piala FA dan juara Piala Sumbangsih manakala musim ini mereka berjaya mempertahankan dua daripadanya.

Status juara Liga Super musim ini melayakkan Selangor beraksi pada Piala AFC 2011 dan Devan dengan ringkas berkata: “Kita akan tunggu dan lihat dahulu sama ada pengurusan tertinggi FAS membenarkan kita bertanding atau tidak.”

sumber bernama Kosmo! Online...

No comments:

Post a Comment